Rasanya masih ramai yang tak habis lagi rasa terkejut apabila mendapat berita bahawa pelakon Hannah Delisha sudah pun menamatkan zaman bujangnya bersama seorang pelakon bernama Imam Shah.
BACA: (TAHNIAH) 5 Tahun Simpan Rahsia, Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Lelaki Pilihan
Lagi mengejutkan apabila Hannah dan Imam khabarnya sudah pun 5 tahun menyimpan rahsia mengenai hubungan mereka ini. Pandai kan mereka?
Dibanjiri dengan jutaan ucapan tahniah, namun sepertinya ada segelintir netizen bersuara sumbang yang mengatakan bahawa Imam tidak sepadan dengan Hannah.
Dek ayat individu itu iaitu ‘suami macam itu’, rata-rata netizen lain telah tampil dan menyelar kenyataan tersebut. Bagi mereka Imam adalah seorang lelaki yang mempunyai keterampilan baik selain sangat sesuai berpasangan dengan Hannah.
Bukan itu sahaja, para netizen terus menyelidik lagi latar belakang Imam dan mendapati bahawa lelaki tersebut merupakan ahli MMA dan juga pelatih silat berjaya. Walaupun kurang menyerlah dalam bidang lakonan tetapi ramai betul yang memuji mutu lakonan lelaki itu.
View this post on Instagram
Doakan sahajalah kebahagiaan pasangan pengantin baru ini.
The post “Imam Handsome Kot!” – Netizen ‘Sekolahkan’ Individu Selar Suami Tak Padan Dengan Hannah Delisha first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments