Pelakon Zara Zya yang kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan kek pisang baru-baru ini mengundang kritikan netizen apabila dia ada memuat naik satu hantaran di media sosial yang menunjukkan iklan promosi produk penjagaan aset wanita.
Iklan tersebut walau bagaimanapun agak tidak sesuai untuk dipertontonkan meskipun ianya ditujukan khas untuk membantu golongan wanita yang mempunyai masalah payudara.
Dalam video itu, seorang wanita bertudung seolah-olah sedang memperagakan payudara telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana ianya seolah-olah telah mencemarkan imej wanita muslimah yang sepatutnya menjaga aurat dan tidak berlebihan dalam berpakaian.
View this post on Instagram
Rata-rata peminat dan pengikut media sosial Zara Zya memohon agar pelakon wanita itu lebih selektif dalam memilih iklan untuk tujuan promosi dalam mencari pendapatan sampingan kerana bagi mereka, ianya agak memalukan untuk ditonton.
Namun begitu, setelah ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi dengan komen netizen, pelakon drama Monalisa ini telah mengambil langkah untuk menutup ruangan komen entri berkenaan.
Terdahulu, pelakon Tiz Zaqyah serta Azwan Kombos turut menerima nasib yang sama apabila warga maya telah mengkritik pemilihan iklan selebriti ini yang tidak ditapis sebelum dimuat naik ke media sosial.
The post Ditegur Netizen Kerana Promosi Iklan Tidak Senonoh, Zara Zya Tutup Ruangan Komen Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments