Sabtu lalu, konsert kumpulan Elite telah berlangsung dengan persembahan penuh tenaga dan telah memukau kira-kira 2,000 peminat yang hadir.
Persembahan yang berlangsung selama dua jam itu berjaya menghiburkan peminat Elite yang ternanti-nanti konsert kumpulan ikonik era 90-an yang dianggotai Abby Abadi, Linda Rafar, Watie Sadali, Sasha Saidin dan Azza itu.
Menerusi salah satu video yang dikongsikan ketika suasana konsert itu, netizen menegur pemakaian ahli kumpulan Elite yang disifatkan tidak sesuai dengan usia dan imej sebagai wanita muslimah.
Video yang dimuat naik di Instagram era.je meraih perhatian gara-gara pakaian dipakai oleh beberapa anggota kumpulan Elite iaitu Watie dan Linda Rafar.
View this post on Instagram
Rata-ratanya menegur Linda Rafar yang memakai seluar agak ketat dan mereka membandingkannya dengan pakaian Azza dan Abby Abadi yang longgar.
Sesetengah individu berkata Linda sering pergi ke kelas usrah jadi seharusnya dia lebih sopan dalam pemakaian.
Linda tu selalu kot pergi usrah. Azza dengan Abby elok je seluar longgar.
Bukan itu sahaja, netizen menyindir dan berkata outfit dipakai oleh Sasha jauh lebih sopan berbanding Linda Rafar yang bertudung.
Dalam pada itu, segelintir individu pula menegur outfit Watie yang memakai skirt pendek berserta legging ketat kerana dianggap tidak sesuai dengan usianya.
Watie tu umur berapa dah ye? Pakaian macam budak darjah 6.
The post ‘Outfit’ Linda Rafar & Watie Ketika Konsert Elite Dikritik Tak Sesuai Dengan Usia – “Azza, Abby Elok Je Seluar Longgar” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments