#Hiburan: ‘Ramai Juga Selebriti Bijak Pandai’ – Wani Kayrie Dipuji Sesuai Mengacara Didik TV

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, Wani Kayrie meraih perhatian apabila mengacarakan program Road to Success SPM 2020 di saluran tv pendidikan dengan baik. Penampilan dan gaya penyampaian yang jelas membuatkan Wani mendapat maklum balas positif daripada penonton.

Di Twitter, rata-rata bersetuju apabila Wani dijadikan hos saluran tv tersebut. Menurut mereka, Wani merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah dan sudah tentu dapat memahami topik yang diajar guru dengan mudah.

Advertisement

Advertisement

Ramai yang kagum apabila Wani dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik. Ini menunjukkan Wani sebagai hos turut fokus dengan subjek yang diajar. Tambah mereka lagi, Wani kelihatan sangat yakin dan tidak teragak-agak dengan jawapan yang diberi.

Difahamkan, Wani mencatat keputusan cemerlang apabila memperoleh 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memetik laporan media, Wani memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Information and Communication Technology (ICT) dan Tasawwur Islam.

The post ‘Ramai Juga Selebriti Bijak Pandai’ – Wani Kayrie Dipuji Sesuai Mengacara Didik TV first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments