Pelakon berbakat, Syafie Naswip,29, mendedahkan dirinya kini sudah menemui ‘cinta baharu’ yang sangat menyenangkan hati nuraninya pada ketika ini.
Tambah Syafie lagi, selain hati menjadi tenang, cinta baharunya itu turut membuatkan dia berasa bersemangat untuk memulakan hari pada setiap pagi usai bangun daripada tidur.
Namun, cinta baharu yang dimaksudkan Syafie bukanlah seorang insan namun lebih kepada hobi bercucuk tanam seperti sayur-sayuran sekaligus membuatkan hatinya gembira apabila tiba saat menuai hasil penanaman.
Menurut Syafie, jika sebelum ini dia menunjukkan minat dalam bidang masakan, kini tiba pula masa bagi dia untuk berbudi kepada tanah yang ternyata dapat menjadi terapi buat dirinya sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
View this post on Instagram
“Sejak PKP bermula pada 13 Januari lalu, saya terus berfikir aktiviti yang boleh dimanfaatkan dalam masa banyak terluang ini. Saya tengok di kawasan rumah ada pula tanah dan terus rasa mula nak berkebun. Saya buat kaedah tanaman dalam pasu kerana boleh tanam banyak sayur, termasuk pokok herba yang saya nak. Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan ni dapat dah merasa juga hasilnya seperti cili api, bendi, kucai dan kangkung.”
Dalam pada itu, memandangkan minatnya yang mendalam dalam bidang penanaman, Syafie juga tidak menolak jika dirinya bergelar petani moden pada suatu hari nanti. Namun apa yang pasti, kini jiwanya lebih tenang, positif dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
View this post on Instagram
Ketika ditanyakan mengenai perkembangan terkini kerjaya sepanjang PKP ini, Syafie menjelaskan bahawa dia masih mampu menanggung ibu bapa di rumah dan menyara diri dengan wang simpanan yang ada. Mengenai karier lakonannya pula, Syafie berkata bahawa dia masih aktif berlakon dan tidak boleh memilih watak jika diberikan peluang untuk berlakon.
The post Temui ‘Cinta Baharu’, Syafie Naswip Akui Hati Jadi Lebih Tenang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments