#Hiburan: Terima Kasih Hadiahkan Aku Doa Jahanam – Syafie Naswip

Selepas melalui episod duka dan pahit dalam hidupnya pada tahun lalu, akhirnya pelakon Syafie Naswip meluahkan rasa hati tentang penderitaan yang ditanggung selama ini, dikecam serta dihina gara-gara kontroversi putus tunang bersama Aishah Azman.

Selama lima bulan Syafie terpaksa menerima cacian daripada netizen sehingga  mengganggu emosinya.

Namun, apa yang berlaku sedikit sebanyak mengajarnya erti ketabahan dan kini Syafie sudah bersedia untuk bangkit semula dengan semangat baru. Mencipta kejayaan yang lebih besar.

Dalam nada sinis, dia mengucapkan “terima kasih” kepada netizen yang mendoakan perkara tidak baik kepadanya sebelum ini.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan pada 7 April 2019. Bagaimanapun, ikatan pertunangan yang dibina hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja dan mereka putus tunang pada 21 Julai 2019. Kontroversi antara pelakon Syafie dan bekas tunangnya cukup menggemparkan industri hiburan. Pelbagai spekulasi liar timbul termasuklah dakwaan aktor itu mengasari Aishah.

syafie naswipPihak pendakwa raya membuat keputusan kes Syafie mendatangkan kecederaan dan mengugut bekas tunangnya adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan sekaligus membuktikan dirinya tidak bersalah.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments