#Hiburan: Video Panas Kamal Adli Pula Tersebar?

Belum lagi reda dengan penyebaran video lucah lelaki mirip Zul Ariffin, kini pelakon Kamal Adli pula terpalit dengan kontroversi yang sama.

video lucah kamal adli

Video tersebut mula tular di Twitter dimana seorang lelaki mirip Kamal, dilihat baring di atas katil tanpa seurat benang sambil melakukan aksi tidak senonoh.

Memberikan respon mengenai isu tersebut, Kamal mengatakan bahawa penyebaran video berkenaan adalah satu fitnah ke atas dirinya. Ada pihak yang cuba menutup periuk nasinya dengan cara yang kotor.

video kamal adli

Kamal juga mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan taktik licik pihak tersebut yang sememangnya berniat mengambil kesempatan dan keuntungan menerusi video yang disebarkan.

Saya tidak tahu siapa dalang dan apa ‘point’ mereka sebenarnya. Yang saya tahu, mereka boleh mendapatkan duit bila orang membeli video berkenaan. Benda itu betul atau pun tidak, tapi mereka dapat duit terhadap golongan yang sanggup membeli.

kamal adli

Benda ni haram, mungkinlah kau tak sedar sekarang tapi di akhirat sebab kau dah buka aib orang, malukan orang. Saya sendiri pun tidak tahu, mungkin sebab ada tak tahu ada scammer macam ni.

Kamal enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu lagi selepas ini dan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan siasatan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Foto : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments