Sejak kebelakangan ini banyak juga kes perceraian terjadi di kalangan selebriti dan tidak kurang juga beberapa pendakwah bebas. Lebih menyedihkan, ada juga perceraian terjadi ketika si isteri sedang sarat hamil. Apa yang berlaku tidak dinafikan menjadi bualan hangat netizen sehingga timbul pelbagai spekulasi liar.
Meluahkan rasa sedih dan pilu dengan keadaan tersebut, Ustaz Ebit Lew tampil memberikan nasihat buat suami dan juga mereka yang bakal bergelar suami di luar sana untuk lebih menghargai isteri mereka. Jangan mudah melepaskan tanggungjawab dengan menceraikan isteri sedang hamil demi mengejar cinta baharu.
Sedih lihat suami cerai isteri tengah
sarat hamil
Isteri amanah Allah SWT untuk suami
pimpin ke syurga
Bahagia itu kalau kita beri, bukan
tuntut hak dari pasangan
Wanita boleh jadi paling keras dan
menyakitkan
Mendalam betul maksud disebalik kata-kata Ustaz Ebit Lew. Memang benar, bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan, pasti akan ada pasang surutnya. Namun, suami sebagai nakhoda rumah tangga perlu bijak mengemudikan bahtera keluarga menuju kebahagiaan. Berusaha memberikan komitment yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina dan selalu menghargai isteri.
Sumber Berita : Ustaz Ebit Lew
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments