#Hiburan: Mahu Saman Tetapi Siti Sarah Bimbang Netizen Bunuh Diri

Sudah lebih 30 tahun menanggung penderitaan apabila bentuk fizikal hidungnya sering dihina, pastinya hati penyanyi Siti Sarah kecewa dan terluka sehingga mengganggu emosinya.

siti sarah

Tidak dinafikan kata-kata hina yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya memang tajam, menghiris ke dalam hati. Walaupun dihina, Siti Sarah berkata dia masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan selanjutnya dan mengakui agak berat hati untuk menyaman netizen yang keterlaluan.

Saya sebenarnya berat hati untuk mengambil tindakan terbabit, tetapi saya tidak kata tidak mahu melakukannya. Takut kalau sekarang ini saya kata tidak mahu mengambil tindakan undang-undang tapi kemudian hari selepas berbincang mengenai perkara itu saya akan melakukannya.

siti sarah tidak tahan hidung dihina

Saya memikirkan bagaimana situasi sekiranya mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang menghina hidung saya itu.

Untuk mengesan siapa individu yang memuat naik kenyataan menghina fizikal wajah saya itu tidak susah. Dengan bantuan pihak berkuasa dan peguam ia mudah untuk dilaksanakan.

siti sarah

Menurut Siti Sarah, sekiranya tindakan undang-undang diambil, dia bimbang seandainya individu terbabit tidak dapat berhadapan dengan tekanan bakal diterima dan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Cuma kepada individu itu, dia mungkin tidak pernah berdepan dengan tekanan disaman. Takut perkara itu membuatkan dia berada dalam tekanan dan silap hari bulan mengambil jalan singkat serta membunuh diri. Nauzubillah! Perkara seperti itu yang mahu saya elakkan.

siti sarah

Saya tahu orang yang menghina dan memuat naik di Instagram itu akalnya tidak panjang. Kalau akalnya panjang dia tidak akan berbuat demikian.

Baiknya hati Siti Sarah yang masih memikirkan hal orang lain meskipun dia teruk dihina. Apa-apa pun, kami harap netizen boleh menjaga kata-kata mereka. Untuk makluman anda, mereka yang menghina atau mempersendakan bentuk tubuh individu lain boleh didenda RM50,000 dan dipenjara setahun mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments