Terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini, pelakon cantik Emma Maembong menyifatkan ia adalah proses mematangkan dirinya.
Banyak pengajaran yang Emma dapat daripada kontroversi yang berlaku, dia bersyukur Allah SWT masih memberikan peluang untuk dirinya merasakan sedikit sinar kebahagiaan dan kemanisan disebalik setiap detik hitam yang dilalui. Malah, pada masa yang sama, dia turut berpeluang untuk terus berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik.
Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua itu saya anggap sebagai proses pembelajaran dan paling penting, saya terus memandang hari depan.
Dalam meniti hidup, pasti akan ada titik hitam yang kita lalui, namun ia tidak pernah membuatkan saya berhenti daripada berusaha menjadi insan lebih baik. Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni dan tetap disayangi peminat, terutama Emanizers.
Emma juga berkata dia juga tidak kesal apabila masih solo selepas beberapa episod percintaan kecundang di tengah jalan. Dia selalu berdoa agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.
Saya tidak memilih dalam berkawan, cuma ketika ini, saya dahulukan fokus untuk mencari rezeki. Saya belum puas berlakon dan berharap dapat menambah ilmu untuk memperbaiki diri dalam bidang ini.
Jangan terburu-buru dalam mengejar cinta, jodoh itu ada untuk anda, cuma waktu dan insan yang tepat belum tiba. Apa yang penting, jangan berhenti berdoa, inshaAllah, pasti satu hari nanti Emma akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang sesuai dan terbaik buat dirinya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments