#Hiburan: Mana Mungkin Kami Pilih Seorang Juara Kalau Dua-dua Hebat – Datuk Ramli MS

Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) kali ini mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan sebagai juara bersama iaitu Naqiu Boboy dan Hady Mirza.Rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan konsep juara bersama itu dan mempertikaikan keputusan pihak juri dan Astro.

naqiu boboy hady mirza juara gv6

Enggan orang ramai terus mencetuskan spekulasi, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS mempertahankan keputusan itu dengan mengatakan Hady Mirza dan Naqiu berjaya memperoleh markah yang sama iaitu sebanyak 87 peratus. Kedua-duanya beraksi begitu hebat di pentas akhir semalam.

Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara.

naqiu boboy hady mirza juara gegar vaganza 6

Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara.

Menurut Ramli MS, beliau sendiri kagum dan terkejut dengan persembahan ‘battle’ antara Naqiu Boboy dan Hady Mirza yang pada awalnya dijangka akan berlawan vokal, namun apa yang mereka persembahkan begitu berbeza dan menyanyi dengan sangat harmoni. Tidak dinafikan mereka mempunyai aura tersendiri yang sama hebat.

naqiu boboy hady mirza juara gegar vaganza 6

Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan.

Dalam pada itu, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menepis dakwaan kononnya keputusan tersebut sudah dirancang lebih awal awal lagi. Raqim menjelaskan salah satu daripada trofi yang dipegang oleh juara hanyalah replika yang digunakan ketika sesi fotografi tetapi terpaksa diberikan kerana keputusan juara bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Astro Gempak & Neon Pixel


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments