Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kontroversi melibatkan beberapa pendakwah. Tidak dinafikan, ada pihak yang mula memandang negatif kepada mereka sehingga ada yang dilabelkan sebagai penunggang agama dan macam-macam lagi.
Prihatin dengan isu tersebut, Pencetus Ummah Amin baru-baru ini membuat kenyataan terbuka kepada individu yang menggelarkan diri mereka ‘ustaz’ serta menggunakan agama semata-mata untuk mengejar kesenangan hidup.
PU Amin terkilan dengan pelbagai kontroversi melanda sesetengah pendakwah di luar sana, mencalarkan imej mereka sendiri dan membuat masyarakat hilang kepercayaan terhadap golongan agamawan.
Risau dengan apa yang berlaku
kepada pendakwah hari ini
Berhenti guna nama agama untuk
memuliakan diri sendiri
Tidak dinafikan reputasi pendakwah kini sudah terjejas. Namun, PU Amin tidak akan berputus asa dalam meneruskan perjuangan dakwahnya meskipun menghadapi pelbagai dugaan.
Kami respek sebenarnya dengan PU Amin yang tidak takut untuk memberikan komen mengenai isu kontroversi pendakwah. Menegur secara ikhlas dan tidak ‘bias’. Begitu dalam sekali maksudnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments