Setelah lama menyembunyikan hubungan percintaan mereka, pelakon dan penyanyi Isa Khan baru-baru ini mengumumkan sudah melamar pelakon Risteena Munim, pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.
Ramai sebenarnya yang terkejut dengan berita tersebut dan mula timbul pelbagai cerita kurang enak didengar, dimana Isa dituduh sebagai kaki perempuan.
Bagaimanapun, kata Risteena dia lebih mengenali hati budi Isa dan yakin lelaki itu bukanlah seorang kaki perempuan. Terkilan ada pihak yang sengaja ingin memburukkan tunangnya itu.
Sebelum ini, memang ada orang kata dia seorang yang ‘playboy’ tapi bagi saya, dia sebenarnya mencari orang yang sesuai dengan dia tapi tak jumpa. Walaupun ada orang kata dia macam-macam tetapi apabila saya sudah mengenali dirinya, dia bukan seperti yang didakwa.
Risteena percaya, perasaan Isa padanya benar-benar ikhlas. Jujur mencintainya dengan sepenuh hati.
Saya ingatkan, saya tak akan jatuh cinta lagi tapi dia berjaya buat saya kembali percaya cinta. Dia jujur, ikhlas dan tiada niat nak mempermainkan saya.
Mula -mula tak percaya tapi bila dia sendiri bertemu keluarga saya dan beritahu akan sayang dan jaga saya. Malah dia beritahu semua orang dia jumpa. Isa memang sangat baik dan bukan orang yang nak ambil kesempatan.
Pasangan ini mula berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.
Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat antara satu sama lain dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Cepat-cepatlah naik pelamin.
0 Comments