Kecoh apabila tularnya rakaman video panas dan mengghairahkan seorang lelaki mirip pelakon Zul Ariffin.
Terkejut dengan penyebaran video berkenaan, rata-rata peminat mula menyerang akaun Instagram Zul untuk meminta penjelasan. Bagaimanapun, aktor itu bertindak menutup akaun media sosialnya itu.
Kehilangan Zul mencetuskan pelbagai persoalan. Adakah benar dia menutup akaun Instagramnya gara-gara kontroversi video panas tersebut?
Zul berehat seketika
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh kelab peminat Zul Ariffin Fan Club (ZAFC), mereka memberitahu akaun Instagram Zul tidak digodam oleh mana-mana pihak.
Ia dinyahaktifkan kerana Zul mahu berehat daripada menggunakan laman sosial buat sementara waktu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments