Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam meluahkan rasa kecewa apabila barang kemas mewah jenama Chopard yang juga merupakan hadiah hantaran perkahwinannya hilang.
Rebecca menyedari dia telah kehilangan rantai leher dan gelang tangan sewaktu dia sedang mengemas biliknya pada Ahad lalu. Aksesori mewah itu memang jarang diletakkan di dalam almari dan jarang sekali digunakan.
Bukan mahu menuduh, bagaimanapun menurut Rebecca hanya dia dan suami serta tiga pembantu rumah sahaja yang mempunyai akses untuk keluar masuk bilik tidurnya.Tambah menyedihkan, Rebecca memberitahu dua daripada tiga pembantu rumahnya itu sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.
Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang berlaku dan mendoakan agar urusan mencari barang kemas tersebut dipermudahkan.
Harapnya Rebecca dapat jumpa balik barangan hantaran miliknya itu. Memang sedih bila sesuatu yang mahal dan ada ‘sentimental value’ dicuri. Mungkin selepas ini boleh simpan barangan berharga di tempat yang lebih selamat atau beli ‘safe box’.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments