Datuk Seri Aliff Syukri, nama yang begitu gah serta popular dan mempunyai empayar kosmetik bernilai jutaan ringgit di Malaysia, tidak dinafikan ramai yang menjadikannya ‘role model’ dalam dunia perniagaan meskipun dia sering dihimpit kontroversi.
Ada juga yang tertanya mesti ‘best’ kalau dapat peluang bekerja dengan syarikat miliknya. Namun, Aliff Syukri dikecam teruk apabila menawarkan gaji yang agak rendah dan tidak sesuai dengan skop pekerjaan yang harus dilaksanakan.
Baru-baru ini syarikat AS Legacy milik Aliff Syukri ada memuat naik satu tawaran pekerjaan di laman Facebook miliknya. Berdasarkan tawaran tersebut, kerja yang ditawarkan adalah pereka grafik dimana pemohon bukan sahaja perlu mahir menggunakan ‘software editing’ grafik, mereka juga harus mempunyai kemahiran fotografi, boleh menghasilkan video, mereka laman web, menjaga media sosial, ‘copywriting’ dan macam-macam lagi.
Kalau lihat, pekerjaan tersebut bukanlah mudah dan banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan, tetapi agak mengejutkan apabila gaji yang ditawarkan hanyalah antara RM1500 sehingga RM1800.
Macam hamba abdi
Tawaran pekerjaan tersebut menjadi bualan hangat ramai di media sosial. Rata-rata netizen mengatakan Aliff Syukri seakan mengambil kesempatan terhadap usaha dan keringat orang lain terutama sekali graduan yang sukar mendapat kerja.
Respon pihak Aliff Syukri
Meskipun teruk dikecam, pihak syarikat As Legacy dengan nada agak berlagak tetap tegas dengan pendirian mereka itu. Tidak akan mengubah langsung jumlah gaji yang ditawarkan dan akan terus mencari calon pekerja baru yang sesuai.
Tidak dinafikan, jumlah bayaran kecil itu tidak setimpal dengan skop kerja dan bebanan kos sara hidup di Malaysia hari ini. Mungkin pihak Aliff Syukri boleh pertimbang semula untuk bayaran gaji yang lebih sesuai. Apa pula pendapat anda?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments