Kontroversi Da’i Farhan dan isteri barunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin cukup hangat diperkatakan. Satu demi satu cerita yang terbongkar sehingga mereka teruk dikecam. Akhirnya, buat pertama kali dalam satu temu bual, pasangan ini membuka mulut dan mendedahkan kisah sebenar apa yang berlaku dalam hubungan mereka yang terjalin hanya dalam sekelip mata sahaja.
Mengimbau kembali detik pertemuannya dengan suami, Erin memberitahu pada awalnya mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain dan pada ketika itu Farhan merupakan seorang mutawif ketika di Tanah Suci.
Menurut Erin, tidak terlintas langsung di fikirannya bahawa dia akan bertemu jodoh dan berkahwin dengan Farhan, kerana dia sudah ada calon suami yang ketika itu menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Bagaimanapun, pada malam selepas melakukan ibadah di Makkah, dia bermimpi dan terasa merindui seseorang yang teramat sangat sehinggalah pada keesokan harinya dia ternampak wajah Farhan di cermin.
Balik malam tu, saya tidur mimpi something yang best sangat. Lepas solat subuh, jantung dah berdebar dan rindukan seseorang. Kemudian, saya berdoa kepada Allah untuk tunjukkan siapa yang aku rindu ni. Memang terpapar jelas muka ustaz dekat cermin. Sumpah Lillahi Ta’la.
Pertemuannya bersama pendakwah itu mencoretkan lembaran baharu dalam hidupnya. Erin percaya setiap apa yang berlaku, perkahwinannya bersama Farhan adalah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Saya pun tak nak laki orang sebab saya pun dah ada calon bujang, tapi Allah aturkan saya ke sini juga. Mesti ada something yang Allah nak suruh kita combine. Sebab saya pun berdoa dengan kejayaan ini, saya nak tolong orang. Itu yang Allah bagi ustaz sebab combination kitorang complete each other untuk perjuangkan apa yang nak diperjuangkan.
Terdahulu, rumah tangga pasangan ini menjadi kontroversi apabila ada pihak mendakwa Farhan dan Erin berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan dan keredhaan isteri pertama lelaki itu. Pelbagai spekulasi timbul dan apa yang membuatkan netizen lebih berang apabila Farhan menceraikan isteri pertamanya atas alasan wanita itu nusyuz dan memfitnah suami. Timbul pula dakwaan pendakwah itu melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya, namun Farhan menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah fitnah semata-mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments