Kontroversi perkahwinan kedua Da’i Farhan semakin hangat apabila pendakwah bebas itu mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp tengah hari semalam. Rata-rata netizen mengecam tindakan Farhan itu yang tergamak menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Terbaru, Fatin menerusi akaun Facebooknya tampil menjelaskan segala kemelut yang berlaku serta luahan hatinya tentang apa yang melanda rumah tangganya.Apa yang dinyatakan bukanlah untuk meraih simpati tetapi demi mempertahankan maruahnya.
Fatin mengesahkan mahligai cintanya yang dibina selama empat tahun musnah selepas bekas suami melafazkan cerai melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.
Apa yang dinyatakan bukanlah untuk meraih simpati tetapi demi mempertahankan maruahnya.
Jangan segera menghukum
“Tiada tindakan yang boleh kata saya
nusyuz”
“Semoga ‘wanita Kaabah’ dan bekas
suami berbahagia selamanya”
Fatin berharap perkongsiannya ini dapat menjadi pengajaran buat wanita di luar sana agar memelihara rumah tangga mereka sebaiknya.
Terdahulu, Da’i Farhan mengaku sudah pun menceraikan isteri pertamanya itu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp atas alasan nusyuz dan memfitnah suami. Bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan dengan memukul dan mengurung isterinya seperti yang didakwa. oleh seorang peguam.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments