Lumrahlah apabila menjadi seorang selebriti dan setiap gerak-geri anda menjadi perhatian umum. Antara pelakon yang kerap menjadi buah mulut orang ramai ialah Adeline Tsen. Pakaiannya yang seksi nyata membuatkan semua mata tertancap padanya.
Menepis mulut-mulut puaka, pelakon keturunan Cina Kadazan itu menjelaskan bahawa dia suka tampil seksi kerana tidak mahu nampak tua. Dia juga mengakui keyakinannya semakin meningkat selepas berjaya mengurangkan berat badan.
Penampilan seksi ni sebab I tak nak nampak tua kalau boleh. Orang pun tak pernah rasa saya ni berusia 30-an, mereka ingat saya seperti 20-an sahaja. Sebab penampilan diri itulah.
Wanita berusia 33 tahun ini menjelaskan bahawa dia dah tak hairan langsung dengan kritikan mengenai penampilannya yang mencolok mata itu.
Yang penting, bapa saya tetap tahu diri saya masih sama seadanya. Soal penampilan itu orang kata don’t judge a book by its cover.
Kalau ada komen melampau tu, saya akan padam. Malah, Instagram pun sudah ada bahagian untuk kita sunting komen yang tidak sepatutnya. Kita boleh setkan.
Nampak gayanya, wanita ini selesa dengan pemakaiannya yang seksi dan tak kisah dengan percakapan orang ramai. Asalkan dia bahagia!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments