Belum lagi reda dengan kontroversi Da’i Farhan menikahi seorang janda sebagai isteri kedua tanpa keredhaan hati isteri pertamanya dan betapa netizen menyampah dengan kenyataan kisah cintanya dan pertemuan bersama isteri keduanya di Kaabah, kini timbul pula dakwaan penceramah bebas itu sudah menceraikan isteri pertamanya iaitu Fatin yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Seorang peguam terkenal menerusi akaun Facebooknya memaklumkan Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya itu dengan talak satu. Lebih sedih dan memilukan lafaz cerai tersebut dibuat menerusi ‘voice note’ di aplikasi WhatsApp.
Peguam tersebut mengesahkan sudah mendengar rakaman lafaz cerai berkenaan dimana Farhan menceraikan Fatin dengan talak satu. Alasan perceraian ialah kerana wanita itu didakwa nusyuz dan memfitnah suami.
Satu laporan polis turut dibuat oleh ahli keluarga Fatin kerana Farhan didakwa telah memukul dan mengurung isterinya itu pada 22 November lalu.
Difahamkan, Farhan dan isteri keduanya berada di China atas urusan perniagaan.
Terdahulu, pendedahan Farhan berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah mendapat kecaman ramai apabila timbul dakwaan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan dan keizinan isteri pertamanya. Beberapa hari lepas, Farhan sekali lagi teruk dikritik apabila dia pernah menolak 18 orang wanita yang berminat mengahwininya sebelum ini. Rata-rata netizen mula merasa menyampah apabila Farhan mengatakan pertalian cintanya dengan isteri kedua diibaratkan seperti kisah cinta Nabi Muhammad SAW dan Khadijah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments