#Hiburan: (AL-FATIHAH) Anak Abby Abadi Meninggal Dunia

Bayi lelaki pramatang, anak kepada pasangan Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu selepas  70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh. Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman atau Baby D itu dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September lalu.

anak abby abadi meninggal dunia

Berita sedih pemergian Baby D dimaklumkan Abby menerusi akaun Instagram miliknya kira-kira jam 2 pagi. Dengan rasa pilu, dia memohon maaf tiada di sisi anaknya kerana berada di Tanah Suci Makka untuk mengerjakan ibadah umrah sejak 6 Disember lalu.

anak abby abadi meninggal duniaanak abby abadi meninggal dunia

Abby dan Faizal berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka turut mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Terdahulu, Abby pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu pada 2016 dan 2017.

Memang sedih dan terkilan apabila ibu bapa tidak dapat menatap wajah anak mereka buat kali terakhir. Namun, kami respek dengan Abby dan suaminya yang redha dengan ketentuan Allah SWT. Betapa tabahnya mereka menghadapi dugaan berat sebegini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments