#Hiburan: Buang Gelaran Da’i, Kini Gunakan Nama Farhan Mutawwif

Selepas teruk dicemuh dan dikecam gara-gara kontroversi menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil dan terlalu menayang kebahagiaan bersama isteri barunya, akhirnya  juara musim kedua program Da’i, Nik Farhan bertindak menukar nama di akaun Instagramnya.

buang gelaran da'i

Sebelum ini dia menggunakan nama Da’i Farhan tetapi kini telah bertukar nama kepada Farhan Mutawwif.

Pada profil akaun tersebut, dia turut meletakkan nama Nik Farhan, penceramah Haji dan Umrah serta suami kepada @drholisw.

da'i farhan

Nampaknya, Farhan juga enggan mengenang lagi perkahwinan terdahulunya dan dilihat sudah memadam semua foto-foto lama bersama bekas isterinya, Fatin Nurul Ain.

Terdahulu, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Farhan yang berkahwin semasa sedang mengerjakan umrah, sedangkan isterinya terdahulu sedang sarat hamil anak kedua mereka.

da'i farhanMalah, segala kata-kata dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah itu ketika ditemu bual pihak media telah menimbulkan kemarahan netizen. Tidak terhenti disitu, Farhan juga telah didakwa telah mengasari bekas isterinya.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments