Sebelum ini, kontroversi rumah tangga Da’i Farhan terus mendapat perhatian ramai apabila dia tampil membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap rakan baik bekas isterinya, Ches Al-Maliki
Umum mengetahui Ches berkongsi surat terbuka mendedahkan pendakwah itu berkahwin dua dengan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Namun, Farhan tampil membuat kenyataan bahawa dakwaan yang dibuat oleh wanita itu adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya redha hidup bermadu.
Terbaru, Ches menerusi akaun Facebooknya berkata Farhan sudah menarik balik saman itu.
Tuntut pihak Farhan mohon maaf secara terbuka
Ches menuntut pihak Farhan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau pendakwah itu berhadapan tindakan saman. Permohonan maaf itu bagi membersihkan nama Ches yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.
Terdahulu, Farhan berkata tindakannya membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial adalah kerana ingin memberi pengajaran kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati ketika berkata-kata.
Tidak lama selepas itu, pendakwah itu mengesahkan telah menceraikan isteri pertamanya pada 3 Disember lalu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.
Sumber Berita : Ches Al-Maliki
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments