#Hiburan: Lelaki Dakwa Difitnah Isteri Da’i Farhan, Tuntut Bayaran Pengubahsuaian Hospital

Kalau sebelum ini, isteri baru Da’i Farhan didakwa menggunakan sijil doktor palsu dan ada yang mendakwa wanita itu telah melarikan sebuah kereta Kenari miliknya tanpa membuat pembayaran enam tahun lepas, kini muncul pula dakwaan terbaru yang dibuat oleh seorang lelaki, yang mendakwa ditipu dan difitnah oleh wanita tersebut.

Lelaki itu yang bernama Zahari Ibrahim telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian satu bangunan bagi dijadikan hospital untuk Noorainul Naqim Mohd Radzi.

Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan untuk dijadikan hospital yang beroperasi di Desa Melawati telah siap 95%, tetapi Zahari berkata dia telah difitnah oleh Noorainul yang dirujuk sebagai ‘Wanita Kaabah’ dalam video dan menarik diri dari meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

Dia telah mengirimkan video tersebut dengan  tujuan untuk membersihkan namanya dari fitnah dan supaya Noorainul membuat pembayaran ke atas kerja-kerja yang telah dijalankan sejak April hingga Ogos 2019 dengan tuntutan ke atas invois berjumlah RM 11,560.

Zahari bagaimanapun mengakui membuat kesilapan kerana tidak membuat perjanjian bertulis dengan Ainul sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian atas dasar kepercayaan kerana Noorainul mendakwa seorang doktor pakar dengan kelulusan MBBS dari Sri Lanka.

Zahari memohon  agar Noorainul menghubunginya di 01132294105 untuk menyelesaikan kes mereka.

Sebelum ini seorang lelaki memberitahu kereta Kenarinya miliknya telah beliau persetujui untuk dijual kepada Noorainul melalui kaedah sambung bayar, bagaimanapun Noorainul dikatakan langsung tidak membuat pembayaran kereta tersebut setelah dua tahun berlalu serta menghilangkan diri, menyebabkan lelaki itu terpaksa membuat bayaran sebanyak RM 10,000 kepada bank untuk membersihkan namanya.

Setelah kes itu tular, lelaki itu telah menemui semula keretanya berhampiran kawasan rumahnya tetapi ia telah diletakkan dengan nombor plat palsu, menyebabkan ia gagal ditemui selama enam tahun.

Noorainul kemudiannya dikatakan telah membuat pembayaran berjumlah RM 10,000 kepada lelaki yang menuntut, yang seterusnya menganggap kes itu selesai. – beautifulnara.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments