#Hiburan: Bekas Isteri Da’i Farhan Buat Laporan Polis, Dakwa Ditampar, Dicakar Dan Ditolak Sehingga Jatuh

Kontroversi pergolakan rumah tangga membabitkan Da’i Farhan dan bekas isterinya Fatin Nurul Ain masih belum reda. Sebelum ini, pendakwah itu didakwa telah memukul dan mengurung bekas isterinya itu tetapi Farhan menafikannya dan menganggap dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.

da'i farhan ceraikan isteri pertama

Terbaru, menerusi portal Harian Metro, ada sumber mengatakan Fatin telah membuat laporan polis berhubung dirinya yang menjadi mangsa kekerasan bekas suami sehingga mengalami kecederaan. Fatin mendakwa dirinya telah ditolak, dicakar dan ditampar oleh Farhan selepas bekas suaminya itu tidak berpuas hati dengan mesej antara dirinya dan keluarga.

Menurut laporan polis dibuat mangsa, pendakwah itu juga menolak wanita berkenaan menyebabkan dia terjatuh.

isteri pertama dai farhan

Lelaki berkenaan kemudiannya didakwa mencengkam pergelangan tangan mangsa hingga menyebabkan ada kesan cakar pada tangan kiri wanita terbabit.

Entah apa yang membuatkan Farhan begitu berang sehingga dia turut didakwa telah menepuk belakang bekas isterinya itu sebelum bertindak menampar pipinya. Ekoran kejadian tersebut, Fatin yang sedang sarat hamil tujuh bulan mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak oleh lelaki itu.

da'i farhan ceraikan isteri pertama

Mangsa yang sarat mengandung mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak lelaki terbabit.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang kira-kira jam 3 pagi pada 22 November lalu sebelum Fatin membuat laporan polis, Sabtu lalu.

da'i farhan pukul isteri

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff  mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku itu.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments