Selepas seminggu berahsia, teka-teki mengenai siapakah gerangan suri hidup Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya terjawab apabila pelakon lelaki itu sah bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville yang berusia 29 tahun, hanya dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan berlangsung dengan meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya sekitar jam 3.28 petang tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) iaitu Tuan Haji Mohd Ajib Ismail. Majlis bersederhana ini telah disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, kenalan rapat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pada majlis itu, Natasha yang sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran sebanyak RM12,121.90. Natasha turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.
Uniknya, sebelum upacara akad nikah berlangsung, Eizlan diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot diiringi pegawai tertinggi dan bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Difahamkan, majlis resepsi pasangan ini akan diadakan esok di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya.
Terdahulu, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Vie Shantie Khan pada 2007. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama lapan tahun. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaara, 6.
Lagi beberapa foto sekitar majlis pernikahan Eizlan dan Natasha dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : Mahligai Cinta TV3 & CST Production
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments