Kami baru sahaja dikejutkan dengan pemergian anak lelaki kedua Nora Ariffin yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya, Petaling Jaya. Berita pemergian anak lelaki kedua Nora Ariffin, Allahyarham Muhammad Syakir Alif telah disahkan oleh Nora melalui laman instagrammnya.
View this post on Instagram
Nora menerima berita yang menyedihkan ini sewaktu menghadiri satu majlis perkahwinan rakannya di Singapura.
Allah uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin
Allahyarham Alif, pada suatu ketika dahulu pernah menyertai sebuah program realiti yang dianjurkan oleh sebuah syarikat televisyen. Sebelum ini, pada Mac 2017 Nora telah kehilangan pasangannya Johan Nawawi, seorang komposer yang cukup terkenal dalam industri muzik di Malaysia.
Kami di Beautifulnara berharap agar Nora serta keluarga tabah menghadapi segala ujian dan dugaan yang telah menimpanya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments