Rasanya ramai sudah mengetahui bahawa model merangkap pelakon tinggi lampai iaitu Ain Edruce bakal menamatkan zaman bujangnya pada malam ini.
Kalau anda nak tahu, Ain berjaya berkenalan dengan cinta hatinya menerusi laman Instagram. Lelaki bertuah tersebut ialah seorang ahli perniagaan yang diberi nama Amirul Hafiz.
Sementara menunggu momen bahagia yang bakal menjelang malam ini, wanita berusia 27 tahun itu telah mengadakan majlis mandi bunga dan upacara berinai pada malam kelmarin.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi di laman Instagramnya itu, dapat dilihat Ain sangat gembira semasa majlis itu berjalan. Kelihatan bahawa ahli keluarganya juga bersama memeriahkan lagi upacara tersebut.
Menurut Ain atau pun Nurulain Edruce, tarikh 13 September sebagai hari pernikahan telah dipilih berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga.
Mengikut persetujuan kedua-dua pihak juga, majlis persandingan di sebelah keluarga saya akan diadakan pada 14 Disember, manakala acara menyambut menantu pula seminggu kemudian.
Rata-rata peminat yang melihat majlis mandi bunga yang diadakan oleh Ain dan keluarganya ini cemburu kerana ia sangatlah meriah. Siap ada yang nak join sekali!
Mungkin ada yang akan buat majlis mandi bunga sebelum berkahwin kerana penangan Ain Edruce selepas ini?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments