Bersempena dengan keberangkatannya ke tanah suci untuk menunaikan umrah, Pencetus Ummah Abu menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video memohon maaf kepada semua pihak dan meminta netizen mendoakan perjalanan serta urusannya menunaikan ibadah umrah dipermudahkan.
Gara-gara masih hangat lagi mengenai kontroversi rumah tangga Da’i Farhan, perkongsin PU Abu itu mendapat perhatian netizen.
Mereka sempat untuk menitipkan pesanan agak sarkastik terhadap pendakwah bebas itu, jangan tersangkut dengan ‘aura’ lain ketika berada di Mekah.
Netizen turut menasihati PU Abu fokus melakukan ibadah dan jangan mudah terpikat dengan wanita lain apatah lagi isterinya, Hana Azraa kini sedang hamil. Ada juga yang menyindir PU Abu agar jangan bernikah lagi di sana.
Disebalik segala sindiran dan komen sarkastik, ada juga netizen yang memberikan kata-kata positif dan mendoakan agar urusan ibadah PU Abu berjalan lancar.
Terdahulu, kemelut rumah tangga PU Abu mendapat perhatian ramai apabila pendakwah bebas itu menceraikan bekas isterinya, Ain Afini ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan memilih seorang janda anak satu iaitu Hana Azraa sebagai teman hidup baru. PU Abu dan Hana bernikah pada Mei lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments