Macam-macam betul kes pendakwah yang curang sejak kebelakangan ini. Belum sejuk lagi kisah Da’i Farhan, kini timbul pula cerita mengenai seorang lagi penceramah lain yang mula popular menerusi program realiti.
Jangan terkejut kerana isteri kepada selebriti penceramah itu sendiri yang tampil membuat pengakuan di portal mStar Online.
Wanita itu mendakwa bahawa dia sudah tidak tahan menanggung beban sepanjang 4 tahun perkahwinannya dengan lelaki itu. Katanya. suaminya telah ‘kantoi’ curang beberapa kali sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan emosi.
Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongam sebegini. Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya.
Mengejutkan apabila isterinya itu menceritakan bahawa lelaki itu kerap kali menerima gambar berahi daripada bekas kekasihnya menerusi direct message (DM) di laman Instagram.
Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata.
Bukan itu sahaja, pendakwah itu sering memulakan perbualan secara rawak dengan beberapa gadis menerusi laman Instagram dengan niat untuk bersembang perkara tak senonoh selepas itu.
Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.
Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video.
Penat dengan perangai buaya suaminya, wanita tersebut menyatakan bahawa dia bakal menuntut fasakh tidak lama lagi.
Apabila dihubungi, penceramah tersebut hanya menguncikan mulutnya dan tidak mahu memberi ulasan lanjut tentang dakwaan isterinya itu.
Walaupun tidak tahu siapakah gerangan sebenar pendakwah selebriti ini, tetapi ramai yang menebak bahawa kemungkinan besar lelaki itu berasal daripada program realiti Da’i anjuran TV3.
Sumber: mStar Online, Forum CARI
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments