Selepas empat tahun menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville yang berusia 29 tahun pada 12 Disember ini. Pasangan ini sudah berkenalan sejak empat tahun lalu dan Eizlan terbuka hati untuk berkahwin dengan wanita itu selepas tertarik dengan perwatakan kelakarnya. Dia tidak menafikan kehadiran Natasha membuatkan hidupnya lebih bahagia.
Sebenarnya Natasha sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin. Saya terbuka hati untuk berkahwin disebabkan perwatakan dia yang kelakar.
Selain itu, dia sangat rapat dan prihatin dengan anak-anak saya. Sebelum saya melamar dia, saya minta izin anak-anak terlebih dahulu dan Alhamdulillah mereka sangat gembira.
Eizlan memaklumkan majlis perkahwinan itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.
Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.
Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis.
Bagaimanapun, buat masa ini Eizlan masih belum bersedia mendedahkan wajah bakal isterinya itu. Biarlah ia menjadi rahsia sehingga hari pernikahan mereka pada minggu depan. Pasangan ini akan mengadakan majlis akad nikah di Bora Ombak, Putrajaya dan majlis resepsi juga bakal berlangsung di lokasi yang sama sehari selepas pernikahan.
Sumber Berita : mStar Online & Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments