#Hiburan: Rakan Baik Bekas Isteri Saman Da’i Farhan

Pernah rancak mengeluarkan pelbagai kenyataan sebelum ini mengenai perkahwinannya dengan ‘wanita Kaabah’, nampaknya Da’i Farhan terdiam kelu dan menyepikan diri apabila rakan baik bekas isterinya iaitu Ches Al-Maliki, menuntutnya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan nama wanita itu yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.

rakan baik bekas isteri saman da'i farhan

Tidak mendapat sebarang permohonan maaf mahupun maklum balas daripada pendakwah tersebut, Ches menerusi akaun Facebooknya berkata dia kini dalam proses untuk meneruskan tindakan saman terhadap Farhan.

da'i farhan saman

Terdahulu, Ches memberitahu saman fitnah terhadapnya telah ditarik balik. Maklumat itu telah disampaikan melalui keluarga pihak Farhan. Bagaimanapun, Ches menuntut Farhan menghantar surat rasmi dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video dalam tempoh 24 jam. Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan udang-undang akan diambil.

Sumber Berita : Ches Al-Maliki

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments