Sering berkongsi momen manis dan kisah indah mengenai percintaannya dengan kekasih, Mr E, ramai juga yang tertanya-tanya bila agaknya pelakon Ruhainies dan cinta hatinya itu akan mendirikan rumah tangga?
Ada juga netizen yang menyindir Ruhainies apabila ada beberapa selebriti yang bercinta dalam diam selama bertahun lamanya sudah pun berkahwin, tanpa perlu terlalu mencanang mengenai percintaan mereka.
Namun, menurut Ruhainies soal jodoh, perkahwinan semuanya di tangan Allah SWT. Dia enggan berkahwin kerana desakan orang luar. Ruhainies juga tidak kisah dengan sindiran netizen terhadapnya.
Saya yakin setiap orang memiliki pendirian tersendiri. Begitu juga dengan saya, kalau nak kahwin biarlah bila sampai jodohnya.
Terus-terang, saya tidak akan buat keputusan nak berkahwin hanya disebabkan termakan desakan dan sindiran daripada orang luar. Kalau ada warganet yang berterusan nak mengata, saya tak ambil peduli pun selagi mereka tidak mencalar maruah saya dan keluarga.
Tidak mengapalah, biarlah Ruhainies ‘enjoy’ dahulu saat-saat indah ketika bercinta. Doakan yang terbaik buatnya dan kekasih, semoga kekal bahagia selamanya dan ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments