#Hiburan: Tidak Kekok Dan Rendah Diri, Eina Azman Dipuji Masuk Kampung Bantu Orang Susah

Pelakon Datin Paduka Eina Azman wajar dijadikan idola yang terbaik buat masyarakat, bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik tetapi dia juga seorang yang pemurah.

eina azman

Baru-baru ini, video Eina membantu tiga keluarga yang kurang bernasib baik di Kelantan mendapat perhatian ramai. Dia sangat prihatin dan tidak lokek untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Menerusi video tersebut, Eina kelihatan tidak kekok dan dengan bersahaja duduk di atas lantai sambil beramah mesra dan melayan ahli keluarga terbabit termasuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU).

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan. Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka 😢 Buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah. Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya.. Rumah No 1 0179709194 – Fateha 0301041100020991 – BSN (Che Siti Fatihah bt Jaafar) Kampung Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu Kelantan Rumah No 2 01124544197 – Umi 0310829000087596 – BSN (Mohd Zain b Abdullah Jaafar) Kampung Kok Keli 1, 16040 Palekbang Tumpat Kelantan Rumah No 3 0199675616 7064541685 – CIMB (Nor Atikah Adila bt Ibrahim) Lot 251 Jalan Masjid Lama Kg Laut 2, Palekbang 16200 Tumpat Kelantan

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Rata-rata netizen memuji tindakan mulia pelakon tersebut dan ramai yang mendoakan semoga Eina sekeluarga dilimpahkan dengan rezeki yang lebih lagi dan dipermudahkan segala urusan.

eina azman bantu orang susaheina azman masuk kampung eina azman bantu orang susaheina azman bantu orang susahKami respek dengan Eina dan semoga apa yang dilakukan olehnya dapat memberikan contoh untuk orang lain di luar sana membantu mereka yang memerlukan. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments