Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan dengan berita dimana pendakwah bebas, Da’i Farhan dikatakan menerima penganugerahan Diploma Perubatan Islam. Ia sekaligus menangkis kata-kata netizen yang mendakwa perubatan Islam tidak setanding perubatan moden.
Namun, rata-rata netizen yang menyifatkan pendakwah itu seakan-akan menunggang agama. Malah, ramai yang mempertikaikan kesahihan sijil diploma terbabit.
Tidak dinafikan ilmu agama itu luas dan mempunyai seribu satu manfaat kepada manusia, tetapi ada segelintir pihak menggunakan agama semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Tidak boleh lihat orang mempergunakan agama untuk mengaut keuntungan
Melihat perkara itu yang semakin berleluasa di Malaysia, Dr Amalina meluahkan rasa kecewa mengapa tiada tindakan tegas yang diambil terhadap mereka yang menipu menggunakan agama demi kepentingan diri.
Kenyataan Dr Amalina mendapat pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan terbabit.
Penulis bukanlah seorang manusia yang sempurna, mahupun seorang yang arif dalam bab agama. Namun, sekadar pendapat, janganlah kita mempergunakan agama hanya kerana mahu mengaut untung besar. Perbuatan itu agak melampau dan memburukkan lagi imej agama Islam.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments