#Hiburan: Netizen Kurang Senang Lihat Siti Sarah Pakaikan Kasut Untuk Shuib?

Sejak kebelakangan ini, pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah begitu terbuka berkongsi kisah hidup mereka sebagai suami isteri di media sosial. Sudah menjadi lumrah, setiap apa yang dilakukan oleh artis pasti akan mendapat perhatian ramai.

shuib siti sarah

Pasangan ini juga tidak terlepas daripada kritikan serta kata-kata liar mengenai rumah tangga mereka.

Baru-baru ini, Sarah telah memuat naik video di akaun Instagramnya di mana dia dilihat memakaikan kasut kepada suaminya itu dengan kapsyen dalam nada gurauan.

Rata-rata netizen memuji betapa pasangan ini masih kekal romantik meskipun sudah beberapa tahun berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Bagaimanapun, ada netizen yang kurang senang melihat video tersebut dan menegur Shuib untuk memakai kasut sendiri kerana isteri bukannya orang gaji. Teguran individu itu turut mendapat perhatian netizen lain yang berpendapat perbuatan itu sebenarnya tidak salah, malah ia mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

sarah pakaikan kasut shuibsarah pakaikan kasut shuibsarah pakaikan kasut shuib

Mungkin sudah menjangka akan ada pihak yang akan salah faham, Sarah memuat naik satu lagi video bagi menjelaskan situasi sebenar mengapa dia memakaikan kasut kepada Shuib.

Biasalah, kalau suami isteri berkelakuan sebegitu, saja hendak bermesra dan bermanja dan bukannya hendak memperhambakan isteri. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Sarah dan Shuib, semoga mereka kekal bahagia sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments