#Hiburan: Majlis Bersanding Bertemakan Arab, Netizen Puji Farah Nabilah Cantik Persis Princess Jasmine

Bagaikan pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Perkahwinan pelakon Farah Nabilah dan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus terus mendapat perhatian ramai.

farah nabilah

Sah diijabkabulkan pada 20 Disember lalu, Farah telah mengadakan majlis bersanding pada malam Sabtu minggu lalu bertemakan arab berlangsung di Neo Event Hall Damansara.

Farah kelihatan begitu jelita dan anggun dalam busana daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

farah nabilah kahwin

Rata-rata netizen memuji kecantikan Farah Nabilah persis seperti puteri arab. Mengakui pelakon wanita itu pengantin paling cantik.

majlis bersanding farah nabilahfarah nabilahfarah nabilah

Tahniah kami ucapkan buat Farah dan suami, semoga ikatan suci yang dibina ini kekal bahagia sehingga ke syurga.

Kredit Foto : Autumn Story Official & Blackpepper Production


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments