Pejam celik pejam celik, tahun 2020 bakal tiba tidak lama lagi. Biasalah bila tahun baru, azam pun mesti baru juga kan? Untuk 2020 ini, salah satu azam Abang Nara tak lain tak bukan ialah nak BERSENAM. Iyerlah, berat badan pun dah cecah lebih 80kg, leher pun dah tak nampak dan perut pun dah makin membuncit. Abang Nara ingin kembalikan fizikal diri ke zaman kegemilangan masa muda remaja ketika menjadi kegilaan ramai gadis dulu.
Sekiranya anda turut mempunyai azam yang sama atau sememangnya seorang kaki gim, izinkan Abang Nara berkongsi satu RAHSIA yang bakal membuatkan anda bersenam dengan lebih efektif, rajin , seronok serta tidak membebankan poket anda. Rahsianya tak lain tak bukan ialah HUAWEI Together 2020 Fitness Package.
Dengan serendah RM8.97 sehari, kita bakal membawa pulang 4 produk HUAWEI yang pasti akan membantu rutin senaman sekaligus meningkatkan lagi tahap kecergasan. Tak kira sama ada azam 2020 anda nak kurus, nak masuk marathon 2020 atau nak dapatkan badan yang lebih sihat, HUAWEI Together 2020 Fitness Package ini pasti dapat membantu anda. Jom kita tengok apa dia 4 produk tersebut:-
HUAWEI Nova 5T
Sebelum/selepas bersenam di gim, salah satu perkara WAJIB yang perlu dilakukan ialah ber’selfie’. Barulah semua orang tahu yang anda betul-betul serius menjadi lebih sihat di tahun 2020 ini. HUAWEI nova 5T mempunyai kamera depan 32MP untuk gambar ‘selfie’ yang sempurna. Barulah nampak titisan-titisan peluh selepas anda penat berlari di atas treadmill.
Selain itu, kehadiran 5 AI kameranya (termasuk kamera selfie 32MP) iaitu gabungan lensa utama 48MP + 16MP lensa ultra-lebar + 2MP Makro + 2MP sensor kedalaman membolehkan anda merakam segala aktiviti senaman anda sama ada di gim, larian marathon, kayuh basikal atau memanjat gunung dengan kualiti maksimum tanpa sebarang masalah.
Jika anda suka melakukan aktiviti senaman anda di waktu malam, tak perlu risau kerana HUAWEI nova 5T mempunyai AIS Super Night Mode yang membolehkan gambar pada waktu malam diambil dengan jelas walaupun dalam keadaan kekurangan sumber cahaya. Untuk makluman, telefon pintar ini dijana Dijana dengan HiSilicone Kirin 980 (7nm) yang merupakan chipset Mobile AI pertama di dunia jadi ia memang pantas dan tahan lasak. Siap ada teknologi SuperCharge yang membolehkan HUAWEI nova 5T dicas sehingga 50% dalam tempoh 30 minit sahaja. Hebat kan?
HUAWEI Watch GT 2
Tak lengkap rasanya kelengkapan bersenam anda jika tidak mempunyai sebuah jam tangan pintar. HUAWEI Watch GT2 memang sempurna untuk memantau tahap kesihatan anda dengan mengira degupan jantung, jumlah kalori yang digunakan dan kualiti tidur anda.
Paling best, anda tidak akan terlepas sebarang notifikasi penting ketika bersenam kerana segalanya akan dipaparkan di antaramuka HUAWEI Watch GT2. Nak jawap panggilan masa bersenam pun tak ada masalah kerana HUAWEI Watch GT2 ini turut dilengkapi dengan Bluetooth. Siap boleh dengar lagu kegemaran sambil angkat dumbbell. Barulah semangat berkobar-kobar nak keluarkan peluh.
Selain itu ada 15 pilihan senaman termasuklah berlari senaman indoor dan macam-macam lagi. Untuk makluman HUAWEI Watch GT2 ini kalis air jadi kalau anda seorang yang suka berenang, tiada masalah untuk terus terjun bersama jam tangan pintar ini. Baterinya pun tahan lama iatu sehingga 14 hari. Paling penting, rekaan HUAWEI Watch GT2 memang memukau dan pasti menyerlahkan kekacakan anda ketika bersenam.
HUAWEI Freebuds 3
Sekiranya anda seorang yang ingin memberi fokus 100% tanpa sebarang gangguan luar/bunyi bising ketika bersenam, jangan risau kerana HUAWEI Freebuds 3 turut disertakan di dalam HUAWEI Together 2020 Fitness Package ini.
Mempunyai teknologi noise cancelling yang menghalang sebarang bunyi luar kedengaran di telinga anda, HUAWEI Freebuds 3 juga boleh disambungkan secara Bluetooth dengan HUAWEI Nova 5T anda. Kualiti bunyi memang awesome. Paling syok, ia boleh dipakai berjam-jam lama tanpa menyakitkan telinga anda. Rekaannya pun memang cantik dan simple. Anda boleh pilih sama ada mahukan warna hitam atau putih berdasarkan citarasa.
HUAWEI Smart Scale
Bersenam-bersenam jugak, berat badan perlu dipantau dari hari ke hari untuk memastikan senaman kita betul-betul berkesan. Dengan HUAWEI Smart Scale ini, anda akan dapat mengetahui 9 jenis komposisi di dalam tubuh badan anda secara lebih mendalam. Antaranya lemak dalam badan, muscle mass, BMI, air dalam badan dan banyak lagilah. Semua data ini boleh digunakan untuk anda merancang dan mengoptimumkan plan senaman anda. Ini barulah orang kata senaman secara bijak.
Lagi best HUAWEI Smart Scale ini mempunyai applikasinya sendiri yang boleh dimuatturun ke dalam HUAWEI nova 5T anda. Ia akan menyimpan segala informasi tentang badan anda secara automatik, sekaligus memudahkan pemantauan tahap kesihatan anda. Kalau berani, boleh kongsi pencapaian anda di laman-laman sosial untuk memberikan inspirasi kepada rakan-rakan.
Dan Banyak Lagi Pakej
Sekiranya anda bukan seorang kaki gim atau tidak mempunyai azam untuk tampil lebih sihat pada tahun 2020 ini, jangan risau sebab banyak lagi pakej yang ditawarkan di dalam HUAWEI Together 2020 ini. Ada untuk mereka yang bergelar pelajar, untuk kaki gamer, untuk mereka yang suka travel dan macam-macam lagilah. Harganya memang berbaloi iaitu bermula dari RM8.97 je SEHARI. Korang pilih je mana satu yang sesuai dengan anda. Kesemua produk HUAWEI yang ditawarkan di dalam pakej ini memang best-best dan mantap-mantap belaka.
Jadi tunggu apa lagi? . Inilah masa terbaik untuk anda bersungguh-sungguh mencuba untuk merealisasikan azam 2020 anda untuk tampil lebih sihat dan cergas bersama HUAWEI Together 2020 Fitness Package ini. Kalau dah dapat kesemua produk HUAWEI ini, confirm semangat nak bersenam tue membuak-buak dibuatnya. Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments