#Hiburan: Ramai Wanita Mat Salih Cuba Dekati, Tapi Saya Tolak – Wak Doyok

Siapa yang tidak kenal dengan Wak Doyok, seorang jejaka yang bergaya dan berharta, pasti menjadi idaman setiap wanita, tetapi sehingga kini dia masih lagi solo. Ramai juga yang tertanya-tanya, bila agaknya ikon fesyen ini akan menamatkan zaman bujangnya?

wak doyok

Bagaimanapun, kata Wak Doyok dia tidak terburu-buru dalam soal rumah tangga dan masih lagi mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Dia mengakui ramai wanita mat salih yang mendekatinya tetapi ibu tercinta lebih sukakan wanita Melayu sebagai menantu.

Buat masa sekarang, saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.

wak doyok wanita mat salih

Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya, tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu cuma mereka tidak minat pada saya. Saya tidak mencari, tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga.

Berkongsikan ciri-ciri wanita idamannya, Wak Doyok memberitahu selain memiliki rupa paras yang cantik dia juga mahu bakal isterinya seorang wanita yang tahu memasak kerana dia tidak suka makan diluar.

wak doyok

Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya, itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh saya tak nak isteri yang aktif di laman sosial.

Penangan Wak Doyok ini bukan ‘kaleng-kaleng’ kata orang zaman sekarang. Auranya kuat sehingga menjadi dambaan ramai wanita. Kami doakan agar Wak Doyok cepat dipertemukan jodoh.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments