Selepas tujuh tahun mengendalikan rancangan MeleTop, Neelofa membuat pengumuman mengejutkan bahawa dia tidak akan lagi mengacarakan program tersebut bermula tahun depan. Disember ini adalah bulan terakhir dia bertugas sebagai pengacara di MeleTOP.
Neelofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih saat mengumumkan pengunduran dirinya itu ketika siaran langsung rancangan itu semalam.
Neelofa menangis umum bakal
tinggalkan MeleTOP
Netizen sedih Neelofa berhenti
mengacara
Untuk makluman anda, Neelofa mula mengendalikan program MeleTOP pada tahun 2012 bersama rakan pengacaranya, Nabil Ahmad.
Berbicara mengenai siapakah yang bakal menggantikan Neelofa, pihak Astro berkata perkara itu akan diumumkan pada bulan Januari nanti.
Agak sedih juga mendengar pengumuman Neelofa ini dan kami pasti ramai yang akan merinduinya. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Neelofa, semoga dia terus sukses.
Kredit Foto : Instagram MeleTOP
Kredit Video : YouTube MeleTOP
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments