#Hiburan: Da’i Farhan Mengaku Cerai Isteri Pertama, Nafi Lakukan Kekerasan

Khabar angin mengenai berita perceraian Da’i Farhan dan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain akhirnya terjawab apabila penceramah bebas itu mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.

isteri pertama dai farhan

Farhan berkata lafaz cerai dibuat menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp tengah hari semalam.

Yang cerai itu betul, ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa).

Bagaimanapun, Farhan menafikan dakwaan dia melakukan kekerasan dengan memukul dan mengurung bekas isterinya seperti yang didakwa oleh seorang peguam. Malah, dia juga tidak berada di luar negara. Apa sahaja yang tersebar dan viral sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

da'i farhan mengaku ceraikan isteri pertama

Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang berada di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang lain fitnah.

Dalam pada itu, rakaman suara lafaz cerai dipercayai milik pendakwah itu turut tersebar di media sosial. Lafaz cerai itu berbunyi, “Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu.”

dai farhan janda

Terdahulu, pendedahan Farhan berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah mendapat kecaman ramai apabila timbul dakwaan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan dan keizinan isteri pertamanya. Semalam, seorang peguam terkenal mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin dengan talak satu. Alasan perceraian ialah kerana wanita itu didakwa nusyuz dan memfitnah suami.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments