Kalau sebelum ini pelakon Sharnaaz Ahmad kelihatan agak kurus, kini aktor itu nampaknya sudah kembali dengan bentuk tubuh badan yang gagah perkasa.
Sharnaaz mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik foto menayang badannya yang semakin sado dan tegap. Bak kata orang sekarang, memang ‘merecik’ habis.
Pelakon kacak itu berkata, tujuan dia memuat naik foto tersebut adalah kerana mahu membakar semangat orang ramai untuk berusaha mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan disiplin dan keazaman yang tinggi.
Ramai netizen yang terkejut dan teruja melihat perubahan drastik Sharnaaz jika dibandingkan dengan tubuhnya yang terdahulu. Mereka kagum dengan kerja keras pelakon itu yang sudah membuahkan hasil hanya dalam tempoh dua bulan.
Memang mantap badan Sharnaaz sekarang, respek betul kami dengannya kerana mampu menahan segala “godaan” makanan sedap dan tidak putus asa bersenam untuk mendapatkan bentuk badan tegap. Harapnya ia turut menjadi motivasi untuk orang ramai di luar sana.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments