Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta pelakon Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya penuh dengan kasih sayang. Semakin “bersemut” betul mereka berdua, mesra bersama.
Namun, ramai yang sudah bosan dengan Ruhainies yang sering menjaja kisah peribadinya, sedangkan sebelum ini dia sendiri berkata akan kurang bercakap mengenainya.
Menurut Ruhainies, dia sama sekali tidak berniat untuk mencanang kisah cintanya. Sebagai selebriti dia hanya berkongsi apa yang perlu sahaja.
Saya sebenarnya tidak berniat untuk mencanang kisah cinta berbanding perkembangan kerjaya seni. Namun, perkara itu (kisah cinta) yang menjadi perhatian dan saya sering ditanyakan persoalan sama.
Sebagai selebriti, saya sekadar berkongsi apa yang dirasakan patut memandangkan lebih selesa berterus-terang.
Ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, Ruhainies memberitahu soal perkahwinan masih belum diputuskan lagi. Apa-apa pun, kata orang kalau benda yang baik elok dipercepatkan, lagipun Ruhainies dan kekasih sudah begitu mesra bersama dan saling mencintai. Semoga mereka berjodohan sehingga ke jenjang pelamin.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments