Ramai yang mengetahui mengenai kisah percintaan antara pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya. Boleh dikatakan mereka ini pasangan ideal dan kelihatan cukup ‘sweet’ bersama.
Baru sahaja mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober lalu, Hafreez sebelum ini mengakui hubungan mereka sedang dilanda ujian.
Terbaru, status hubungan pasangan ini akhirnya terjawab apabila Hafreez mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara Zya sudah berakhir sejak November lalu. Bagaimanapun, Hafreez menjelaskan hubungan mereka terputus bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini. Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.
Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami.
Dalam pada itu, Hafreez berkata buat masa ini mereka tidak mahu digandingkan bersama dalam mana-mana drama. Masing-masing memerlukan masa dan ruang untuk merawat kelukaan hati dan melawan apa sahaja perasaan berkaitan apa yang berlaku.
Tambah Hafreez lagi, dia mendoakan yang terbaik buat Zara Zya. Pada masa yang sama, dia berharap agar para peminat memahami situasi mereka sekarang dan berhenti membuat sebarang spekulasi mahupun pertikaian. Teruskan menyokong kerjaya mereka dalam industri seni.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments