Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan yang mengesahkan sudah menceraikan isteri pertamanya ketika sedang sarat hamil anak kedua mereka terus menjadi bualan hangat ramai. Tindakan pendakwah itu menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp memang sangat memilukan.
Pelbagai kisah yang berlaku disebalik kontroversi tersebut yang mengejutkan masyarakat. Terbaru, adik perempuan kepada Farhan iaitu Nik Fatma Amirah tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan abangnya, menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab.
Nik Fatma turut mendedahkan akaun media sosialnya telah disekat oleh Farhan gara-gara dia ingin tampil mempertahankan kakak iparnya, seorang isteri yang teraniaya.
Perkahwinan kedua tidak dapat restu
ibu, Farhan didakwa buang keluarga?
Menerusi perkongsian di akaun Facebooknya, Nik Fatma seolah memberi bayangan bahawa mereka sekeluarga tidak merestui perkahwinan kedua abangnya dan tindakan Farhan menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.
Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu.
Sumber Berita : Astro Gempak & Nik Fatma Amirah
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments