#Hiburan: Ramai Yang Nak Mengurat, Puas Tangan Nak Menepisnya – Datuk A.Aida

Masih lagi mempunyai bentuk tubuh menawam persis anak dara dengan gaya yang
“meletup”, penerbit Datuk A.Aida memberitahu ramai lelaki yang cuba mendekati dan memikat hatinya selepas bercerai dengan aktor Ariff Aziz pada Jun lalu.

datuk a.aida

Namun, buat masa ini dia enggan memikirkan soal jodoh dan memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak-anak. Mengakui dirinya agak serik dengan kisah lalu selepas empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini.

Bukan nak cakap besar, tetapi mereka yang nak mengurat saya tu, puas tangan nak menepisnya. Tapi, sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini, jadi saya rasa biarlah sekejap.Lagipun, saya dah serik dengan kehidupan lalu. Saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini.

datuk a.aida

Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini.

Meskipun memiliki segalanya, harta dan kekayaan, A.Aida sebak apabila belum menemui kebahagiaan, sering gagal dalam perkahwinan.

datuk a.aida

Betullah kata arwah mak dulu, Tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ. Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya hingga kini.

Dalam pada itu, Aida berkata, dia tidak menolak takdir sekiranya ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments