#Hiburan: Doakan Ya, Saya Mahu Kahwin Tahun Depan – Sherry Ibrahim

Lama juga kita tidak dengar perkembangan terkini pelakon Sherry Ibrahim. Sebelum ini, khabarnya dia sedang hangat bercinta tetapi enggan mendedahkan identiti kekasih hati. Sudah menganjak usia 36 tahun, ramai yang tertanya-tanya bila agaknya Sherry akan tamatkan zaman bujangnya.

sherry ibrahim

Berkongsi impian dan matlamatnya untuk tahun 2020 yang bakal tiba tidak lama lagi, Sherry berhasrat mahu berkahwin pada tahun hadapan.

“Doakan, saya nak kahwin tahun hadapan”

sherry ibrahim kahwin

Rata-rata peminat Sherry merasa teruja dan mendoakan agar dia bertemu jodoh yang baik-baik serta dilimpahi dengan kebahagiaan.

Semoga segala impian dan hasrat Sherry tercapai. Calon pun dah ada kan? Kata orang, kalau ada jodoh tak kemana.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments