Siapa sangka pertemuan yang diatur oleh rakan baik, Izara Aishah pada 7 tahun lepas, kini berjaya membawa dua hati menjadi satu.
Tepat jam 9.04 malam tadi, pelakon Farah Nabilah dan seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus sah menjadi pasangan suami isteri.
Bertempat di Royale Chulan Damansara, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Datuk Saipuddin Ahmad dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling.
Bagi yang tidak tahu, Farah dan Amirul telah pun bertunang pada hari yang sama sebelum pernikahan berlangsung. Hantaran yang diberikan pula ialah RM77,777.77 diiringi dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.
Farah dan juga suaminya kelihatan cantik sepadan dengan busana putih diinspirasikan oleh gaya Melayu tradisional. Ia adalah merupakan hasil tangan pereka terkenal iaitu Rizalman.
Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini, diharap agar masjid yang dibina akan berkekalan sehingga selama-lamanya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments