#Hiburan: (VIDEO) “Tolonglah Guna ‘Carseat’ & ‘Child Lock'” – Netizen Seriau Tengok Budak Tercicir Atas Jalan

Viral di media sosial Facebook baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aishah Lokman yang memaparkan kejadian mengejutkan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video rakaman dashcam tersebut, dilihat sebuah kereta jenis Myvi berwarna hitam telah membuat pusingan u-turn di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Advertisement

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila seorang bayi telah terjatuh dari kereta tersebut dan tercicir di atas jalan.

kereta

Bayi tercicir atas jalan… MasyaAllah.. mujurlah tak digilis kereta atau motosikal..

Mujur kanak-kanak yang jatuh tersembam itu segera diselamatkan oleh pemilik video serta orang awam dan disedari oleh ibunya yang bergegas ke lokasi kejadian bagi mengambil semula anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang turut cemas melihat kanak-kanak itu dan memesan supaya ibu bapa menggunakan car seat bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka ketika menaiki kenderaan.

Carseat please ibu, pintu set child lock sekali.. alhamdulillah, baby tu selamat, Allah jaga dia – netizen.

Carseat + buckle anak elok-elok dalam carseat + letak carseat dalam kedudukan yang sepatutnya + child lock + sentiasa cek sebelum bergerak. Moga jadi pengajaran buat saya dan semua,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kru
18 jam lalu

(VIDEO) "Mana Satu Yang Berlakon?" - Netizen Terhibur Krew Produksi Ikut Menangis Belakang Kamera

The post (VIDEO) “Tolonglah Guna ‘Carseat’ & ‘Child Lock'” – Netizen Seriau Tengok Budak Tercicir Atas Jalan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments