#Hiburan: “Banyak Kita Borak Hal Ni..” – Neelofa Akui Dah Lama Tahu Isu Orang Ketiga, Teruk Puteri Sarah ‘Dibuli’

Seperti yang sudah diketahui ramai, pelakon Puteri Sarah baru-baru ini telah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap seorang wanita yang difahamkan merupakan orang ketiga di dalam rumah tangganya.

Melalui video yang dimuat naik oleh Sarah di Instagramnya, dia mengakui sudah berfikir panjang sebelum mengambil tindakan terhadap wanita yang cuba mengacau suaminya, Shamsul Yusof.

Advertisement

Namun, hal yang mencuri perhatian ramai adalah respon daripada selebriti terkenal, Neelofa di dalam hantaran terbabit yang merasakan Sarah seorang wanita yang amat kuat dan dirinya juga tidak mampu menjadi seperti wanita terbabit.

Bukan itu saja, Neelofa turut meluahkan rasa kagum kerana biarpun pelakon terbabit lalui detik-detik ‘hitam’ itu, dia masih tetap menjaga maruah dan aib suaminya.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, usahawan berkenaan berkata dia selalu berbual mengenai hal ini dan turut mengakui orang ketiga itu sememangnya banyak melakukan perkara teruk terhadap Sarah.

Neelofa komen isu Puteri Sarah

Di samping itu, Puteri Sarah sempat memuat naik satu status di Insta Story menjelaskan pihak peguam yang digunakan tidak sama dengan peguam yang mewakili Siti Bainun.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

23 jam lalu

"Dia Dah Biadap Sangat" - Asyik Cabar Banyak Kali, Ira Kazar Akhirnya Disaman Puteri Sarah

The post “Banyak Kita Borak Hal Ni..” – Neelofa Akui Dah Lama Tahu Isu Orang Ketiga, Teruk Puteri Sarah ‘Dibuli’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments